Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Monday 15 December 2014

1 Si Kasih "Sukar Dijangka" (unpredictable)





Dia sukar dijangka.
Pabila aku hadir dia lah tempatnya
Dia sukar dijangka,
Pabila dia berbicara pasti ada yang mesra,
Dia sukar dijangka,
Memiliki fikiran maha Dunia
Payah meneka bukan mudah memiliknya,
Siapa insan yang memenuhi hati bicaranya.
Dia insan terpilih
Dia insan istimewa
Namanya biasa , namun jiwanya raksa Dunia
Tintanya Emas, Fikirannya Permata,
Perwatakannya Perak, Penampilannya Delima
Sungguh aku tersungkur, aku kalah pada permainannya
Lama menanti tibanya ada dia.
Mungkin suratan takdir Allah yang Esa.
Terpaku Roh, Tergamamlah Jasad.
Bumi bercantum Dunia dan Akhirat.
Ingat Allah Ingat Dia.
Dia Hadir kehendak yang maha Kuasa.
Seru namanya bukan meminta, 
Bahkan mengharap dan meminta setia.
Pengharapan sudah mula wujud,
Saling berkongsi satu Cerita.
Ini permulaan Cerita.
Semoga diakhiri dengan Cinta yang Maha Esa.

Wednesday 7 August 2013

0 Belaian Hari Raya Eidul Fitri

Tatacara kehendak islam dalam kita menyambut HARI RAYA 


Cara Nabi SAW Berhari Raya.
1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

Sunday 4 August 2013

0 Raya indahnya

 







 Hari demi hari, penantian setiap insan menyambut lebaran. Aku di sini tetap di sini mencari kata-kata bererti.Aku risau dek kerna ramai yang bangkit beribadah dan menahan untuk berbuka, tetapi ganjarannya hanyalah keletihan dan kelaparan.Jasad ini berasa risau dan tidak tenteram ibarat goncangan halilintar terpasak di hati.Lantas, kan ku sahut seribu satu hikmah, kan ku lontar seribu 1 kata dakwah, bukan erti pasrah tetapi aku gelisah akan teriaknya amalan sedikitku.

   Hari raya satu erti penghambaan, hari di mana setiap jiwa hilang rasa duka, bahkan terbitnya rasa gembira. Aku juga mahu begitu, aku mahu jiwa yang lara ini bersinar kembali bak sinarnya bintang di malam hari. Ya, aku sedar namaku bermakna bintang , tetapi ia bukan satu alasan untuk aku bersinar kembali, aku bukan mahu pada nama, dan jua pada tempat. Aku mahu bersinar pada diriku sendiri kerna ku rasa mahu dan bersyukur dipalit rasa kasih sayang Illahi.

  Allahu ya rabbul 'Izzati, kurniakanlah ku nafas yang bermakna, berikanlah diam-diamku tasbih mengingatimu agar aku sentiasa dirindui oleh kekasih mu Muhammadurrasulullah.Pada diri ini ya Allah aku mengadu kepadaMu, sedihnya hati ini mengenang rasa dahulu, aku tidak tahu kenapa ingatan yang pudar dahulu datang kembali kepadaku. Aku sedar aku hanya hamba yang menantikan ujian daripadaMu, maka berikanlah ku hikmah daripada kesakitan itu.

   Udara senantiasa dihirup ummat, damainya negara ini ya Allah, bersyukurnya kami ya Allah, di saat cebisan makanan disuap tiada siapa yang menagih, masing-masing mempunyai bekalan untuk berbuka. Pilunya hati ini mengenangkan sohabiyahku di sana. Terpeladak peluru anjing yahudi membedal seluruh jiwa bumi barakah. Terfikir sejenak bagaimanalah kalian dapat berpuasa dan berbuka, pilunnya hati ini ya Allah.

   Kini, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut Eidul Fitri, dalam penantianku teringat memori para sohabat Rasulullah tika ingin meninggalkan Ramadhan. Sedihnya mereka di saat Ramadhan mahu beransur pergi ibarat sedihnya mereka kehilangan orang tua.Tersentak pikiranku memikirkan tahap iman mereka, sungguh padu di dalam lorong-lorong hatinya. Ya Allah pada keberkatan Sang kekasihMu s.a.w dan keutuhan iman sahabatnya kurniakanlahku hikmah iman islam dan ihsan agar aku dapat menempuh hidup yang lara ini .



   


Saturday 15 October 2011

1 Asbab di relung berkasihan



janji mngikat setia..
hati mula berkata..
tatkala dua insan bercerita,
kisah cinta bukan dusta,

Ubun-ubun kepelbagaian,
perkongsian segenap pengajarn,
kami belajar bersama,
dalam igauan mimpji juga nyata,

usah berkata ingkar,
tatkala kalam setia berbicara,
aku juga engkau,
engkau juga aku,

berdiri ini tiada kudrat,
segala pujian kepada Allah,
bukan hendak menyerah,
kerna ia adalah lumrah,

jiwa mati-matian,
rohani bertempiaran,
jasad terseksa dalam igauan,
tatkala hidup tanpa pedoman,

ya Rabbul Izzati,
diri ini mntakan tawaqal kpda-Mu,
mengikat sgala yg tidak ku mmpui,
aku tidak tahu dan daya untuk mnampung,

Maafkanlah daku,
kerna aku sering dalam kealpaan,
laut dunia terbentang luas,
lebih luas lagi rahmat dan maghfirah keampunan,

Dikaulah cahayah,
dikaulah kemuliaanku tatkala ku dihina,
engkaulah menjadi asbab penyuluh hidupku,
terima kasih wahai kekasih,
hendaknya.. engkau ku jadikan Teman Hidupku

Friday 26 August 2011

0 Berkasihan?

Ya Allahu~,
Sekiranya ia terbaik buat diriku,
engkau binalah satu tali yang dapat mengingat dua hati berlandaskan syariat Mu,

Ya Allahu~
Sekiranya ia memang taqdir buat diriku,
hendaknya engkau membimbingku agar tidak jatuh ke lembah kemaksiatan,

Ya Allahu~.
Sekiranya aku sememang layak untuknya,
adakah bisa aku menggalas tanggungjawab ke atas dia?

aku mengharapkan berkekalan, aku mengharapkan kasihan daripada-MU , aku berjiwa insan,
aku cuba menyorot aksara cinta, aku tiada upaya, jika terlekat padanya kalimat dusta daripada ku,
Tolonglah ya Allah.. sucikanlah ia,,, gantikan ia dengan cahaya Rabbani-MU.
Kan ku cuba menjaga mahkotanya daripada diambil.
kerna mahkota baginya ialah malu. Ya ALLAH.. Benarkan aku melindungi insan ini... daripada di panah segala macam propa dunia.. yang menyesatkan dan menggilakan lagi mebobrokkan.. Walaubagaimanapun.. aku berasa resah dan keluh .. jika dia bukan aku dan aku bukan dia.. siapakah yang dapat bertanya kondisi hatinya sama ada berdaya atau sebaliknya.. KU RAGUI seandainya.. tiada sempat untukku menhiruppi khatimah bernama CINTA.
YA rabbulIzzati~ dengarlah rintihan insan kerdil hamba hina lagi dina ini.. tidak layak memliki seorang insan 'abidah.. aku insan alpa.. aku insan pelupa.. aku insan lalai dalam mengingati-MU.. Jadikanlah istikharah ku dialogku kepada MU ya rabbi..
Baki perjalananku.. kian ku redah.. walaupun payah.. dugaan pun mencabar. Aku Cuba ... ya Allah.. kan ku cuba.. INSYA-ALLAH

Saturday 23 July 2011

0 Raksa Ummu SIBYAN (pembobrok telatah anak)

       Ummu Sibyan ni adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak. Saya ulang... KAUM...bukan jenis.. Yang pasti ia dari jenis PEREMPUAN JIN...
Kalau kat Malaysia ni faham-faham la..Banyak sungguh gelaran yang diberi pada puak jin... Tak kisah la ia dari jenis pelesit, jerangkung, hantu pari or what ever, tapi kalau jenis yang kacau baby atau kanak-kanak dari jantina perempuan jin, maka itu digelar Ummu Sibyan.. 


 
 
Apa kerja si Ummu Sibyan laknatullah ni?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah MENGGANGGU baby yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).
Antara tanda-tanda kenal si Ummu Sibyan ni adalah:-
1.Baby menangis melalak (mata memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil MENGATIP GIGI berulang kali.
4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh
 
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.

 
Kaedah rawatan
1.Masa dilahirkan, terus azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri baby.
dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”
2.Jika lihat kanak-kanak jatuh bersebab, angkat dan bacakan rukyah di ubunnya tak kisah la jenis panjang atau pendek. Paling asas adalah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul dan selawat.
3.Kalau kesannya pada budak nakal, leh baca Ayat Sulaiman (An-Naml:30-31) pada antara 2 tulang belakangnya. Baca 9 kali.. Sekali baca, sekali tiup dan tepuk. Begitulah yang perlu dbuat setiap malam selama 9 malam masanya.
4.Jika keadaan penyakit sudah berlarutan seperti masalah otak dan sebagainya, boleh guna kaedah rawatan Islam. Bab ni perlu di ajar secara SURI (berguru). Ataupun bawa berubat pada yang ahli.
Itulah serba sedikit berkenaan Ummu Sibyan ni. Sebarkan perkara ni...
Moga kalian di rahmati Allah.

Thursday 21 July 2011

0 ~Srikandi Abadi Rabi'ah Al-Adawiyah~

Hari ini, dingin sekali cuaca, walaupun terasa di dada ku bak lahar yang membakar. Orang kata dzkir itu penyejuk hati, fatihah itu pengubat diri. Memang ia benar-benar belaka, tetapi aku sering alpa, sering membuang masa, membuat perkara sia. Udahlah, tujuan ku menulis pada hari ini untuk menyatakan dan menzahirkan kekaguman ku terhadap seorang srikandi yang bernama Rabiah atau dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah.



   Sehelai demi sehelai muka surat ku membaca tentang kisahnya. Tidak ada sedikit pun perasaan jemu, aku terus membaca. Pada mulanya, sebelum dia lahir ke dunia, ibu bapanya berhasrat dan berkehendak memliki seorang anak lelaki kerna ketiga-tiga anak mereka semuanya perempuan. Tetapi, Allah menguji mereka dengan menganugerahkan juga seorang putri. Mujurlah mereka daripada kalangan insan yang bersabar lagi bersyukur.

   Seterusnya, ayahnya yang bernama Ismail al-Adawiy telah menamakan bayi kecil itu dengan nama Rabiah. Ketiga-tiga putrinya dan tidak terkecuali isterinya mempersoalkan kenapa banyak-banyak nama, nama Rabiah juga dipilih. Mujur sikap kesabaran mereka menjadi penghalang perbalahan, mereka beranggapan bahawa Allah telah mengilhamkan nama Rabiah yakni yang keempat ke atas bapa bayi perempuan itu.

   Kisah menjadi lebih menarik selepas Rabiah meningkat dewasa. Tatkala aku membaca tentang dia sewaktu dia bergelar wali Allah. Hati ku terpaku dan tercabar. Bukan apa, kerna Rabiah seorang hamba Allah yang tahap maqamnya amatlah tinggi sehingga nafsu yang ada dapat dia tunggangi sehingga tiada lagi perasaan ingin berkahwin kerna Rabiah sudah mempunyai sang kekasih yang maha abadi dan maha berdiri dengan sendiri yakni Allahu Rabbi.

   Sekian ramai wali-wali, para ulamak dan sultan pun ingin menikahi Rabiah, ternyata lamaran mereka semuanya ditolak dengan kata-kata yang penuh hikmah bersulam ketaqwaan kepada Allah jalla wa'ala. Hati aku terpaut lagi pabila aku terbaca tentang keasyikan para pendzkir, bersama-sama berkumpul mengingati Allah s.w.t dengan kelazatan berdzikir tanpa henti setelah kedatangan Rabiatul Adawiyah. Diri ini tertanya-tanya, bagaimanakah untuk mendapat maqam setinggi itu, sehingga dapat merasai kelazatan kalimah-kalimah indah.

   Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menjadi seseorang itu kerna ia bukan tahap kemampuan kita., tetapi berusahalah menjadi mereka kerna mereka sungguh hampir kehadrat Allah s.w.t berbanding dengan kita yang hanya hampir dengan keindahan duniawi yang fana lagi menglalaikan. Akan ku cuba mentarbiyyahkan diri ku . Walau apapun yang terjadi , Hati yang sebelum ini kosong dan sepi, Aku cuba isinya dengan kalimah-kalimah Indah daripada ILLAHI.


 Izinkan aku menzahirkan melodi Indah yang membicarakan kisah Rabiatul Adawiyah R.H