Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Sunday 4 August 2013

0 Raya indahnya

 







 Hari demi hari, penantian setiap insan menyambut lebaran. Aku di sini tetap di sini mencari kata-kata bererti.Aku risau dek kerna ramai yang bangkit beribadah dan menahan untuk berbuka, tetapi ganjarannya hanyalah keletihan dan kelaparan.Jasad ini berasa risau dan tidak tenteram ibarat goncangan halilintar terpasak di hati.Lantas, kan ku sahut seribu satu hikmah, kan ku lontar seribu 1 kata dakwah, bukan erti pasrah tetapi aku gelisah akan teriaknya amalan sedikitku.

   Hari raya satu erti penghambaan, hari di mana setiap jiwa hilang rasa duka, bahkan terbitnya rasa gembira. Aku juga mahu begitu, aku mahu jiwa yang lara ini bersinar kembali bak sinarnya bintang di malam hari. Ya, aku sedar namaku bermakna bintang , tetapi ia bukan satu alasan untuk aku bersinar kembali, aku bukan mahu pada nama, dan jua pada tempat. Aku mahu bersinar pada diriku sendiri kerna ku rasa mahu dan bersyukur dipalit rasa kasih sayang Illahi.

  Allahu ya rabbul 'Izzati, kurniakanlah ku nafas yang bermakna, berikanlah diam-diamku tasbih mengingatimu agar aku sentiasa dirindui oleh kekasih mu Muhammadurrasulullah.Pada diri ini ya Allah aku mengadu kepadaMu, sedihnya hati ini mengenang rasa dahulu, aku tidak tahu kenapa ingatan yang pudar dahulu datang kembali kepadaku. Aku sedar aku hanya hamba yang menantikan ujian daripadaMu, maka berikanlah ku hikmah daripada kesakitan itu.

   Udara senantiasa dihirup ummat, damainya negara ini ya Allah, bersyukurnya kami ya Allah, di saat cebisan makanan disuap tiada siapa yang menagih, masing-masing mempunyai bekalan untuk berbuka. Pilunya hati ini mengenangkan sohabiyahku di sana. Terpeladak peluru anjing yahudi membedal seluruh jiwa bumi barakah. Terfikir sejenak bagaimanalah kalian dapat berpuasa dan berbuka, pilunnya hati ini ya Allah.

   Kini, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut Eidul Fitri, dalam penantianku teringat memori para sohabat Rasulullah tika ingin meninggalkan Ramadhan. Sedihnya mereka di saat Ramadhan mahu beransur pergi ibarat sedihnya mereka kehilangan orang tua.Tersentak pikiranku memikirkan tahap iman mereka, sungguh padu di dalam lorong-lorong hatinya. Ya Allah pada keberkatan Sang kekasihMu s.a.w dan keutuhan iman sahabatnya kurniakanlahku hikmah iman islam dan ihsan agar aku dapat menempuh hidup yang lara ini .



   


No comments: