Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday, 30 April 2011

2 Limaza Khuliqna? (Kenapakah kita diciptakan)



  Saat ribut taufan, badai juga berbagai macam fenomena alam yang terjadi di bumi, adakah kita dapat mengambil pengajaran daripadanya?. Bukankah sewaktu Allah mengarahkan ombak bertukar menjadi satu badai yang ganas menghempas jalanan ia patuh?. Bukankah sewaktu hujan yang renyai itu berubah kepada ribut sehingga dapat menerbangkan atap-atap rumah ia juga patuh?. Tapi KENAPA manusia tidak patuh pada perintah ALLAH sedangkan kita ini makhluk-Nya.

Satu demi satu persoalan timbul. Kita hidup di dunia untuk apa sebenarnya, adakah sekadar mengisi perut yang sedang lapar dengan pelbagai jenis makanan dan minuman, juga adakah kerana ingin hidup secara berketurunan, beranak-pinak.Semuanya BUKAN sama sekali mari lihat pada firman Allah iaitu 
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ adz-dzariyat ayat 56 yang bermaksud "dan ingatlah tidak AKU jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada-KU. Ya Armarahimin... jelaslah ayat di atas memberi jawapan pada persoalan kali ini. Manusia itu sehalalnya untuk mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi, masih ramai yang tidak solat, masih ramai yg berzina, masih ramai yang menabur fitnah, Sungguh maha penyabarnya ya Allah dalam melihat 1001 macam karenah mahkluk-Nya.Adapun manusia itu seringkali lalai. Hendak solat ia solat, pabila letih ia telat. Aku hanya bisa berbicara semampunya, tiada niat di hati tuk merubah mereka tetapi hanyalah sebagai kesedaran buat diriku dan dia. Aku seringkali menterjmahkan keluh kesah, riang tawa, rindu semacam di atas madah bicara. Bukan apa ia cumanya penyedap rasa hati dan bukan pembangga diri.

Lantas kaki hikmah berdiri megah,
menyarung pati keislaman sejati,
dalam benak setianya mujahadah,
Khalifah teristimewa di bumi Illahi,

Ku rasa engkau berdaya,
dalam sendu engkau berkata,
di dunia bergelumangnya dosa,
tetapi kenapa dikau menangguh nasuha,

Hai khalifah ulung,
janganlah dipermain hasrat dihati,
tuk mencari baiduri sejati,
kerna ia ada di dalam diri,
Semua yang pergi tetap lepas,
tidak pula akan kembali,
lubuk kehinaan engkau bernafas,
hati jitu melawan nafsi-nafsi,

Keroncong hiburan menjadi taruhan,
tidak perlu bersangka-sangkaan,
yang haram itu jelas,
dan yang halal itu juga jelas,

Jarang aku mengucapkan maaf,
pada teman juga makhluk di alam,
di kesempatan ini aku bersendiri,
memikirkan dosa yang tidak terperi,

Makrifat Allah impian kami,
dengan tawaqal dan istiqomahnya amalan,
kami berada di segenap kawasan,
berjihad demi ar-Rahman.

Layarilah bahtera kehidupan,
dengan penuh keredhoaan ,
juga dengan pengorbanan,
bersabarlah tika membuat keputusan,
agar tidak timbul kekalutan,
di saat engkau jatuhkan sauh di suatu tempat,
pilihlah kawasan yang memberi manfaat,
yang lari dari fitnah manusia,
dipenuhi dengan tipu daya,
ya Arhamrahimin perkenankanlah
.



Sunday, 24 April 2011

1 "Kisah mengenai singa dan kebun buahan"

  






      Kisahnya bermula di sebuah negeri yang terletak di barat asia iaitu di Syria. Pada suatu hari, dengan keadaan yang riuh rendah di bangunan persidangan hadirlah seorang raja yang tegap dan muda. Raja ini mempunya khadam yang bernama Mirhan. Segala kelengkapan raja ini Mirhan yang uruskan, dia ketua kepada semua khadam-khadam raja tersebut. Semasa raja sedang bersidang, tiba-tiba baginda ternampak seorang gadis cantik berdiri betul-betul berhadapan dengan raja. Gadis itu kelihatan tercari-cari dan selepas itu dia pun hilang daripada pandangan Raja. Hati raja bak salju yang cair kerna dimamah lahar tika melihat sang wanita tersebut. Tanpa memikir panjang, raja mengarahkan salah satu petugasnya selidik di mana perempuan itu tinggal , sementara raja mencari alasan untuk meninggalkan persidangan tersebut.

  Setelah raja menyiapi dirinya untuk pergi ke rumah gadis itu, baginda mendapat tahu bahawasanya perempuan itu ialah isteri kepada ketua khadamnya yakni Mirhan yang bernama Ajram. Raja berasa gundah gulana , walau bagaimana pun, raja tetap mahu pergi ke rumah gadis itu. Dengan khabar berita begitu, Raja mengarahkan Mirhan supaya pergi ke luar negara untuk melakukan kerja-kerja tertentu sementara Raja sudah siap sedia pergi menziarahi isterinya.
~Tiba di depan pintu rumah gadis itu~

Raja: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!~
(raja memberi salam sambil mengetuk pintu sekuatnya berbanyak kali)

Ajram: Siapakah itu, suami ku tiada di rumah. Tunggu sahajalah dia balik 
(berkata Ajram melalui lubang-lubang di pintu rumahnya)

Raja: Ini beta dan tuan kepada suami mu.
(raja cuba meyakinkan Ajram supaya membuka pintu)

Ajram: Apakah hajat raja datang ke mari?
(Ajram mulai tenang dan membuka pintu itu)

Raja: Wahai Ajram, marilah bersama beta sesungguhnya beta sudah jatuh cinta kepada mu tika pertama
           kali melihat wajah mu.
(raja merayu kepada Ajram supaya mengikutinya)

Ajram: Apakah raja tidak tahu bahawa sesungguhnya singa pun tidak mahu memakan bangkai
           bekas gigitan daripada anjing inikan pula seorang raja di negeri Syria yang perkasa ibarat seekor singa 
           di rimba.
(Ajram membuat perumpamaan sinis yang betul-betul menyentap fikiran raja)

Raja: Baiklah, beta mahu pulang
(Raja pun pulang dengan perasaan malu) 


  Pada waktu raja ingin pulang dan terus menaiki kereta kuda, tapak sepatu raja sudah pun tertanggal dan telah tertinggal di depan pintu rumahnya Mirhan. Selepas selesai tugas di luar negara, Mirhan pun pulang untuk berjumpa dengan isterinya yang tercinta. Dalam perjalanan Mirhan untuk memasuki rumahnya, tiba-tiba dia ternampak tapak sepatu betul-betul mirip sepatu rajanya, Mirhan cuba sahaja menahan amarah di dadanya ibarat gunung berapi sedang menunggu waktu untuk meletuskan dirinya.Pada keesokan harinya, raja memberi sejumlah banyak wang sekitar 500 ribu paun kepada Mirhan sebagai tanda ketaatannya kepada raja tanpa berbelah bagi padahal itu hanyalah satu muslihat kerna ada udang di sebalik batu.

 Mirhan menggunakan segala wang itu sebagai keperluan untuk isterinya yang akan dia hantarkan ke kampung halamannya selama beberapa bulan. Sudah beberapa lama Ajram berada di kampung, ibu mertua si Mirhan berasa bingung apakah yang terjadi yang membuatkan Mirhan bertindak sebegini

Ibu mertua: Hai anakanda ku Mirhan atas sebab musabab apakah yang membuatkan engkau begitu lama meninggalkan isteri kau di sini?
(ibu mertuanya bertanya dengan perasaan kebingungan)

Mirhan: Tidak cukupkah segala keperluan yang telah ku berikan kepada si Ajram di sini?
(Mirhan cuba mengalih perbicaraan tentang sebab dia menghantar Ajram ke kampung)

Ibu mertua: Ya, memang ianya cukup tapi kenapa lama sangat?
(ibu mertuanya bertanya lagi)

Mirhan: Baik, eloklah saja kita berbicara di mahkamah mengenai hal ini, yang 
               akan menghadiri perbicaraan ini ialah ibu, Ajram, Raja dan saya.
(Mirhan mahu berterus terang di mahkamah sahaja)

  Tiba di mahkamah, sekalian ramai sugguh penyaksi bicara untuk mengamati apa yang sebenarnya yang terjadi antara Mirhan dan tuannya. Sidang bermula dengan ucapan dan pengakuan pertama yang dibuat oleh ibu mertuanya.

Ibu mertua: Yang hakim, kami setelah sekian lama telah menyerahkan kebun kami kepadanya dengan pelbagai jenis pohon buahan dan dia telah menikmatinya. Entah apa yang terjadi tiba-tiba dia telah menyerahkan kebun itu kepada kami.

Mirhan: Ya, sememangnya tiada cacat cela pada kebun itu, ianya subur dan indah sekali, tetapi di saat aku
ingin memetik buah di salah sebuah pohon aku ternampak satu kesan tapak singa di situ yang membuatkan amarahku naik membuak-buak.

Raja sekali lagi tersentap kerna dia terasa dialah singa yang dimaksudkan Mirhan.

Raja: Mirhan yang ku kasihi, kamu tenang sahaja tidak perlu risau singa yang datang ke situ tidaklah mahu memakan bahkan tidak mengusik pun pohon-pohon di kebun itu, tetapi dia hanya  hendak berehat sebentar sahaja dan ku pinta engkau kembali mengelolakan kebun tersebut aku berjanji tidak datang ke sana lagi.


   Maka, mahkamah pun memutuskan Mirhan kembali mengurusi kebun buahan tersebut dan dihantar semula kepada Mirhan sebagai pemilik kebun. Habis perbicaraan tiada seorang pun yang memahami perbicaraan tersebut melainkan ibu mertuanya Mirhan, Ajram, Raja dan Mirhan kerna jalan ceritanya tidak ubah seperti singa datang ke kebun dan tidak memakan buah lalu pergi dari situ.

  Semuanya menggunakan bahasa kinayah dalam perbicaraan tersebut supaya tidak diketahui oleh masyarakat umum tentang masalah yang telah menimpa mereka di samping dapat menutupi aib keluarga dan menjatuhkan reputasi raja. Alhamdulillah.. Wallahualam 

  Oleh itu, sebagai umat Islam yang hebat, yang memiliki akal yang sempurna sejak dari kecil, juga berketerampilan dalam hujah-hujah yang bernas berserta dalil-dalil yang soheh dan tidak dhoif semestinya kita tidak mengambil enteng dalam cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang melibatkan maruah seseorang. Umat islam perlulah mencari jalan sekiranya ada lagi kaedah menyelesaikan apa pun jenis masalah asalkan tidak mengaibkan sesama muslim. Kisah yang ana ceritakan salah satu pemikiran orang yang berjiwa ad-Deen yang sentiasa mengamalkan tatacara hidup islami dalam kehidupan seharian mereka sehinggalah sampai ingin menegur pun menggunakan bahasa kinayah. Alangkah indahnya jika tiada lagi sesi pengaiban, tiada lagi pengaruh islam 'kebaratan' di dunia yang fana ini. Justeru, gunakanlah kebijaksanaanmu wahai para mujahid solihin dalam membentangkan permasalahan dan pertuduhan kepada pesalah di segenap persidangan agar dapat menutupi aib mereka di dunia. juga Insya-ALLAH di akhirat. Sesungguhnya Allah menutupi aib seseorang hamba itu sekiranya dia menutupi aib saudaranya sendiri.



Thursday, 14 April 2011

0 Yang 'Alim juga terpedaya inikan pula kita?

    Kedinginan suasana desa tinggal seorang manusia berpangkat penghulu. Hajat di hatinya tuk membeli seekor kambing yg sihat sempena menyambut Hari Raya Korban yang akan tiba. lalu berangkatlah penghulu kampung itu ke sebuah pekan.dengan berbekalkan wang sebanyak RM 1000.00 . Meriah sungguh suasana di pekan itu, dilengkapi berbagai jenis keperluan termasuklah apa yang penghulu itu inginkan yakni seekor kambing sihat dan gemuk.


    "Tuan, nak yang mana?" tanya si pemilik kambing tersebut. Tuk penghulu pun menjawab dan bertanya kepada pemilik kambing tersebut ", Saya nak yang hitam ni tampaknya gemuk dan sihat, berapa harganya?"." Hari Raya dah nak menjelang tiba kan. sempena hari mulia ni saya taklah berdekut sangat cuma 500 ringgit sahaja, last offer tuan he. he.. he", pemilik kambing menjawab dengan perasaan terbuka. Lalu, si penghulu kampung tersebut bersetuju tuk membeli kambing tersebut.


    Tiba-tiba, dalam keadaan riuh rendah di pekan tersebut bersatulah tiga orang budak nakal untuk mengerjakan si penghulu tersebut dengan rancana yang licik dan memperdayakan. Mereka bertiga antaranya bernama Fulana, Fulani dan Faluna. "Korang tunggu je, kita da ade sorang mangse ha.. ha. ha.", berkata Fulana dengan penuh kejahatan. "Nak buat apa ni?, tampaknya penghulu tu seorang yg alim dan bijaksana agak mustahil juga tuk mengajarnya", bertanya Faluna kepada Fulana dan Fulani. "Nah, tengok ape yang terbuku kat kotak pemikiran hang," berkata Fulani kepada Fulana sambil mengeluarkan sebatang pen dan sehelai kertas putih.


   "Rencana yang pertama, kau Faluna aku nak kau berdiri di kalangan masyarakat tuk menegur si penghulu tersebut, dan kau Fulani cuba berjalan-jalan di antara jalan untuk keluar daripada pekan tersebut dan di pintu keluar pekanlah aku kan berada untuk mengerjakan sang penghulu kampung kita ini.

 

 Kisah  mereka bermula pabila si Faluna menegur si penghulu tersebut. " Eh, tuk kenapa bawa anjing ke pekan?", bertanya Faluna kepada penghulu dengan hairan. " Anjing? ini kambinglah wahai pemuda", terang si penghulu dengan lembut sekali. Penghulu itu pun meneruskan perjalanan dalam destinasi menuju ke rumahnya. Dalam pada waktu itu, si penghulu terserempak dengan Fulani. "Beli anjing dari mana tuk, dari pekan ya?, dengan nada yang lembut Fulani bertanya. "Kamu pun cakap kambing ni anjing, tak nampakkah janggutnya ni?, penghulu itu berkata dengan nada sederhana tinggi bahkan tuk penghulu ada sikit perasaan geram dan prasangka tapi tetap mentaqlidkan bahawa itu bukan seekor anjing tetapi seekor kambing. Sudah sampai di hujung pekan berdekatan dengan kampung halaman tuk penghulu, tiba-tiba dia terserempak dengan si Fulana di pintu keluar pekan. "Amboi, tuk cantiknya anjing!." puji si Fulana kepada penghulu tersebut. Dengan desiran kebingungan bersulam kehairanan tuk penghulu pun menjawab, " Mungkin yang aku beli ni sememangnya bukan seekor kambing bahkan seekor Anjing,". Lalu tuk penghulu tanpa memikirkan apa-apa selain ingin meminta wangnya  kembali dan untuk memarahi Si pemilik kambing tesebut. Dia pun bergegas bersama-sama kambing itu menuju ke pekan semula. "Hai pendusta bicara pulangkan wangku dan ambil kembali anjing mu," berkata si penghulu kepada pemilik kambing tersebut dengan sinis sekali. " Kenapa tuan, tak nampakkah ini kambing?, tuan pun tahu bagaimana ciri-ciri seekor kambing", jelas si pemilik kambing tersebut kepada penghulu kampung itu. " Ah, kalian sama-sama sahaja kaki dusta berikan semula wangku," sanggah penghulu kampung itu. Lalu, akurlah pemilik kambing itu dan memulangkan kembali wang penghulu itu dengan persaan terkilan bersulam hiba di dada.

    Natijah daripada kisah ini, ada kalanya sesuatu perkara itu kita tahu akannya tetapi disebabkan pengaruh keadaan sekeliling bertubi-tubi untuk mempengaruhi kita akhirnya aqidah dan kepercayaan kita menjadi goyah serta rapuh. Oleh itu, wahai Muslimin dan Muslimat selain mementingkan kualiti ilmu yang kita cari, seharusnya kita juga tidak mengambil enteng lokasi ilmu yang kita akan tuntuti.



Wallahualam~ Mohon maaf atas kesilapan ejaan =)  

Sunday, 10 April 2011

0 ~Sahabatku Tuan DHUHA~




Kepatuhan ia menggamit rasa,
dia datang lagi,
tanpa mengingkari janji,
janji Allah rabbu izzati,
Dingin suasana tika menyingkap jendela.
dikau tiba membuang segala keresahan
dan segala gundah gulana, 
serta segala kusut di jiwa,

engkau bergelar waktu,
engkau diingati selalu,
oleh Rasulullah Muhammad,
diikuti sekalian sahabat,

disaat itu terbuka segala hijab rezeki,
dengan izin illahi,
engkau menjadi waktu karomat,
buat sekelian umat,

dikau lahir disaat terbitnya mentari,
di ufuk timur di subuh hari,
umat merindui mu sejak di malam hari,
terasa bersyukur menghadap illahi bersamamu,

pada itu tersingkap segala rahsia,
engkau pencurah rezeki,
dikau pencantas ubun-ubun kefakiran,
dengan izin yang Maha Esa,

Ayuh bersama bertemu dengan si dia,
yang bernama waktu Dhuha,
walaupun sedetik kami terlewat bersama mu,
kau tetap menyambut kami, dengan membenarkan kami,
~BERIBADAH KEPADA ALLAHU RABBI~





Saturday, 9 April 2011

2 <===> Bahtera Kehidupan <===>





Duhai TEMAN~
sejak asyik dikau bergelumang hayalan,
ku pinta pautlah pada satu sahaja pegangan,
yang sudah kian lama menjadi pedoman,
buat insan,
iaitu ubun-ubun keislaman.

Suatu Bahtera,
dalam idaman rupa,
tersingkap buah bicara,
sebagai satu pematri kepalsuan,
pelenyap tohmahan,
penangkis fitnah melata,
kejamnya fitnah dunia,
tidak disangkal lagi 
kerna dunia sedang menuju kegerbang ukhrawi.

Ombak keinsafan,
sehari-hari teriakan kesengsaraan,
sedetik-detik bisikan keampunan,
di dalam menempuh segala bentuk ujian,
ada yang berputus asa ke atas tuhan,
hendaknya ia pasti terkorban,
dengan cinta dunia yang melalaikan,
bangkitlah wahai pemburu makrifat,
cari lah Ar-Rahman kenalilah As-Somad
tiada satu pun yang setanding dengan-Nya.

Hamba dikaulah puteri,
yang sehingga kini dicari-cari
engkau berseri,
tidak ku pasti setanding Balqis,
bukan pula setianya Saidatina Khadijah
tapi dikau hamba bergelar putri,
terletak di antara Balqis dan Saidatina Khadijah.
sudikah zuhudku dijadikan maharmu,
dengan ilmu ku itulah hantaranku,
tetapi tidak pantas sekali,
ia hanya madah bicara,
sudah pasti dikau puteri inginkan yang zahiri juga maknawi,
usah bimbang pemberian itu kehendak Illahi.

Rumah tangga idaman sejati,
bahtera lambang kesaktian cinta suci,
'jemaah' terikat demi kasih illahi,
bahagianya mereka di sana,
damainya, dinginnya suasana,
tatkala duka mereka bercerita,
tatkala gembira mereka bersama-sama,
inilah dinamakan ukhwah pemberian Allah,
semoga berkekalan hendaknya,
harmoni senantiasa, 
ITULAH KEHENDAK YANG MAHA ESA ~



Saturday, 2 April 2011

0 Haqikat Bahagia

Kombinasi nyanyian berunsur nasihat kepada insan yang ingin kebahagian yang hakiki. 
Jalan menuju Illahi tersemat segala nota janji. Dan ku pinta kalian muslimin dan muslimat
hayatilah ia .. amatilah ia.. terimalah.:

Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki