Kisahnya bermula di sebuah negeri yang terletak di barat asia iaitu di Syria. Pada suatu hari, dengan keadaan yang riuh rendah di bangunan persidangan hadirlah seorang raja yang tegap dan muda. Raja ini mempunya khadam yang bernama Mirhan. Segala kelengkapan raja ini Mirhan yang uruskan, dia ketua kepada semua khadam-khadam raja tersebut. Semasa raja sedang bersidang, tiba-tiba baginda ternampak seorang gadis cantik berdiri betul-betul berhadapan dengan raja. Gadis itu kelihatan tercari-cari dan selepas itu dia pun hilang daripada pandangan Raja. Hati raja bak salju yang cair kerna dimamah lahar tika melihat sang wanita tersebut. Tanpa memikir panjang, raja mengarahkan salah satu petugasnya selidik di mana perempuan itu tinggal , sementara raja mencari alasan untuk meninggalkan persidangan tersebut.
Setelah raja menyiapi dirinya untuk pergi ke rumah gadis itu, baginda mendapat tahu bahawasanya perempuan itu ialah isteri kepada ketua khadamnya yakni Mirhan yang bernama Ajram. Raja berasa gundah gulana , walau bagaimana pun, raja tetap mahu pergi ke rumah gadis itu. Dengan khabar berita begitu, Raja mengarahkan Mirhan supaya pergi ke luar negara untuk melakukan kerja-kerja tertentu sementara Raja sudah siap sedia pergi menziarahi isterinya.
~Tiba di depan pintu rumah gadis itu~
Raja: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!~
(raja memberi salam sambil mengetuk pintu sekuatnya berbanyak kali)
Ajram: Siapakah itu, suami ku tiada di rumah. Tunggu sahajalah dia balik
(berkata Ajram melalui lubang-lubang di pintu rumahnya)
Raja: Ini beta dan tuan kepada suami mu.
(raja cuba meyakinkan Ajram supaya membuka pintu)
Ajram: Apakah hajat raja datang ke mari?
(Ajram mulai tenang dan membuka pintu itu)
Raja: Wahai Ajram, marilah bersama beta sesungguhnya beta sudah jatuh cinta kepada mu tika pertama
kali melihat wajah mu.
(raja merayu kepada Ajram supaya mengikutinya)
Ajram: Apakah raja tidak tahu bahawa sesungguhnya singa pun tidak mahu memakan bangkai
bekas gigitan daripada anjing inikan pula seorang raja di negeri Syria yang perkasa ibarat seekor singa
di rimba.
(Ajram membuat perumpamaan sinis yang betul-betul menyentap fikiran raja)
Raja: Baiklah, beta mahu pulang
(Raja pun pulang dengan perasaan malu)
Pada waktu raja ingin pulang dan terus menaiki kereta kuda, tapak sepatu raja sudah pun tertanggal dan telah tertinggal di depan pintu rumahnya Mirhan. Selepas selesai tugas di luar negara, Mirhan pun pulang untuk berjumpa dengan isterinya yang tercinta. Dalam perjalanan Mirhan untuk memasuki rumahnya, tiba-tiba dia ternampak tapak sepatu betul-betul mirip sepatu rajanya, Mirhan cuba sahaja menahan amarah di dadanya ibarat gunung berapi sedang menunggu waktu untuk meletuskan dirinya.Pada keesokan harinya, raja memberi sejumlah banyak wang sekitar 500 ribu paun kepada Mirhan sebagai tanda ketaatannya kepada raja tanpa berbelah bagi padahal itu hanyalah satu muslihat kerna ada udang di sebalik batu.
Mirhan menggunakan segala wang itu sebagai keperluan untuk isterinya yang akan dia hantarkan ke kampung halamannya selama beberapa bulan. Sudah beberapa lama Ajram berada di kampung, ibu mertua si Mirhan berasa bingung apakah yang terjadi yang membuatkan Mirhan bertindak sebegini
Ibu mertua: Hai anakanda ku Mirhan atas sebab musabab apakah yang membuatkan engkau begitu lama meninggalkan isteri kau di sini?
(ibu mertuanya bertanya dengan perasaan kebingungan)
Mirhan: Tidak cukupkah segala keperluan yang telah ku berikan kepada si Ajram di sini?
(Mirhan cuba mengalih perbicaraan tentang sebab dia menghantar Ajram ke kampung)
Ibu mertua: Ya, memang ianya cukup tapi kenapa lama sangat?
(ibu mertuanya bertanya lagi)
Mirhan: Baik, eloklah saja kita berbicara di mahkamah mengenai hal ini, yang
akan menghadiri perbicaraan ini ialah ibu, Ajram, Raja dan saya.
(Mirhan mahu berterus terang di mahkamah sahaja)
Tiba di mahkamah, sekalian ramai sugguh penyaksi bicara untuk mengamati apa yang sebenarnya yang terjadi antara Mirhan dan tuannya. Sidang bermula dengan ucapan dan pengakuan pertama yang dibuat oleh ibu mertuanya.
Ibu mertua: Yang hakim, kami setelah sekian lama telah menyerahkan kebun kami kepadanya dengan pelbagai jenis pohon buahan dan dia telah menikmatinya. Entah apa yang terjadi tiba-tiba dia telah menyerahkan kebun itu kepada kami.
Mirhan: Ya, sememangnya tiada cacat cela pada kebun itu, ianya subur dan indah sekali, tetapi di saat aku
ingin memetik buah di salah sebuah pohon aku ternampak satu kesan tapak singa di situ yang membuatkan amarahku naik membuak-buak.
Raja sekali lagi tersentap kerna dia terasa dialah singa yang dimaksudkan Mirhan.
Raja: Mirhan yang ku kasihi, kamu tenang sahaja tidak perlu risau singa yang datang ke situ tidaklah mahu memakan bahkan tidak mengusik pun pohon-pohon di kebun itu, tetapi dia hanya hendak berehat sebentar sahaja dan ku pinta engkau kembali mengelolakan kebun tersebut aku berjanji tidak datang ke sana lagi.
Maka, mahkamah pun memutuskan Mirhan kembali mengurusi kebun buahan tersebut dan dihantar semula kepada Mirhan sebagai pemilik kebun. Habis perbicaraan tiada seorang pun yang memahami perbicaraan tersebut melainkan ibu mertuanya Mirhan, Ajram, Raja dan Mirhan kerna jalan ceritanya tidak ubah seperti singa datang ke kebun dan tidak memakan buah lalu pergi dari situ.
Semuanya menggunakan bahasa kinayah dalam perbicaraan tersebut supaya tidak diketahui oleh masyarakat umum tentang masalah yang telah menimpa mereka di samping dapat menutupi aib keluarga dan menjatuhkan reputasi raja. Alhamdulillah.. Wallahualam
Oleh itu, sebagai umat Islam yang hebat, yang memiliki akal yang sempurna sejak dari kecil, juga berketerampilan dalam hujah-hujah yang bernas berserta dalil-dalil yang soheh dan tidak dhoif semestinya kita tidak mengambil enteng dalam cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang melibatkan maruah seseorang. Umat islam perlulah mencari jalan sekiranya ada lagi kaedah menyelesaikan apa pun jenis masalah asalkan tidak mengaibkan sesama muslim. Kisah yang ana ceritakan salah satu pemikiran orang yang berjiwa ad-Deen yang sentiasa mengamalkan tatacara hidup islami dalam kehidupan seharian mereka sehinggalah sampai ingin menegur pun menggunakan bahasa kinayah. Alangkah indahnya jika tiada lagi sesi pengaiban, tiada lagi pengaruh islam 'kebaratan' di dunia yang fana ini. Justeru, gunakanlah kebijaksanaanmu wahai para mujahid solihin dalam membentangkan permasalahan dan pertuduhan kepada pesalah di segenap persidangan agar dapat menutupi aib mereka di dunia. juga Insya-ALLAH di akhirat. Sesungguhnya Allah menutupi aib seseorang hamba itu sekiranya dia menutupi aib saudaranya sendiri.
1 comment:
mabruk alaik shbtku!! :) kisah yg menarik ^^
walau x sihat...msh smpt 'update'..hebatnya anta ^^
teruskan lagi ya.. ^______^
Post a Comment