Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday 14 May 2011

0 ~Sahabat secerah kegemerlapan baiduri Hijau~









Tertiarap di maqam keperluan,
jasad kepiluan memerlukan teman,
oh..ku yakin adanya kemanisan,
di setiap lenggok bicara mu yang indah belaka,

belati tajam menusuk qalbuku,
tidakkah dikau mengerti ?
darah ini terus mengalir,
hasil daripada kelaran rakusmu itu,

ceritera-ceritera indah,
saling berkalam madah,
sejarah ini kan kita semat,
di dalam memori tiada penamatnya.

sesuci hati insani engkau di sini,
tidak pula sentiasa sempurna,
ada kala diri ini bersalah,
dengan pantas dikau mengaku kalah,

Ukhuwah ini jangan diketepi,
usah pula diputuskan ikatan
lantaran budi ini kita sanjungi,
moga ianya menjadi perlaksanaan.

sejitu karang di lautan,
tidak pernah kalah dengan lipatan badai,
saat beliung juga engkau di situ,
itulah perumpamaan peristiwa kita bersama,

desiran angin kita selari,
dalam idea kita berkongsi penghayatan
indahnya jika sesuatu itu menjadi,
bagai terjumpa mutiara di dasar lautan.

siulan camar pagi bukannya menyanyi,
tidak pula mencari perhatian,
protes hitam mu aku simpan,
dalam lubuk atma ku yang tersiksa,

sepeninggalan dalam keramaian,
utuh bersaudara satu pegangan,
jangan dileraikan saat-saat keriangan,
kerna ianya datang daripada yang -Rahman

Begitu indah di setiap detik aku bersamamu, di saat di pangkuan relung ingatan mu, akan ku hargai tiada hingganya. Ianya berterusan hingga ke pintu Syurga Insya-Allah.. Oh teman berbanyakkanlah sujudmu.. kerna aku merindui sujud-sujud mu yang terdahulu. Justeru setiap yang berpergian buat ku bukannya jasad.. tetapi perlakuan itu yang telah berjauhan daripada ku walaupun jasad tidak berubah taman lokasi. Peganglah kata-kata ini, ISTIQOMAH lebih baik daripada 1000 Karomah

Saturday 7 May 2011

0 Mukjizat Rasulullah S.A.W khotimul Anbiya'

Dalam keterikkan pancaran sinaran matahari , terpanggil aku untuk bercerita berdasarkan kisah di zaman rasulullah s.a.w.


  Kisahnya bermula di sebuah pekan di Madinah..Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Hurairah berasa amat letih dan lapar sekali, sejak dari pagi beliau mengikuti pengajian tanpa terisi perutnya dengan sebarang makanan.
  Abu Hurairah pun mempunyai idea dengan berhasrat meminta sedikit makanan kepada orang yang lalu lalang.

  Kebetulan semasa Abu Hurairah duduk di tepi jalan. Ternampak Saidina Abu Bakr dan beliau melintasinya, lalu Abu Hurairah menegurnya dengan kalam," Ya Abu Bakr berikan aku sepotong ayat daripada Rasulullah s.a.w",
  Lalu Saidina Abu Bakr membaca sepotong ayat kepada Abu Hurairah. Kecewa sedikit Abu Hurairah kerna tegurannya tidak lain tidak bukan hanya untuk mendapat perhatian daripada Saidina Abu Bakr supaya diberi makanan. Setelah habis dibacakan, Saidina Abu Bakr pun pergi meneruskan perjalanan.

  Abu Hurairah duduk lagi di tepi jalan menanti sahabat-sahabat yang lainnya. Tiba-tiba datang Saidina Umar al-Khattab melintasi Abu Hurairah. Abu Hurairah dengan pantas menegur Saidina Umar dengan soalan yang sama," Ya Amirul Mu'minin berikanlah aku sepotong ayat daripada Rasulullah s.a.w". Saidina Umar memberikan lafaz ayat dan beredar dari situ. Tiada siapa yang faham keadaan Abu Hurairah yang berada dalam keadaan lapar yang amat sangat.

  Kebetulan, pada waktu yang sama Allah mentakdirkan Rasulullah berselisih dengan Abu Hurairah. Abu Hurairah ingin menggunakan cara yang sama untuk mengambil perhatian Rasulullah. Tidak sempat beliau untuk menanyakan sebarang soalan sama  ada Hukum atau ayat yang baru diturunkan, Rasulullah mempelawa Abu Hurairah datang ke rumah baginda untuk mengisi perut Abu Hurairah yang sedang lapar.

  Sampai ke rumah Rasulullah, Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah jika ada sedikit makanan. Saidatina Aisyah hanya dapat menyajikan semangkuk susu itupun diberi oleh sahabat yang lain. Justeru, Rasulullah menyuruh Abu Hurairah memanggil semua sahabat di masjid yang sama nasib dengannya yang juga berada dalam keadaan amat lapar. Tidak kurang daripada 70 sahabat hadir ke rumah Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah bermonolog dalaman ," Apakah dengan semangkuk susu dapat melepaskan kelaparan kami ini? mungkin setiap orang cuma mendapat setitis air susu, aku takut jika aku ditugaskan Rasulullah untuk mnenyajikan air susu tersebut kepada sekalian sahabat" itulah yang bermain-main di fikiran Abu Hurairah. Memang benar, Rasulullah menyuruh Abu Hurairah menyajikan air susu itu kepada semua sahabat yang sedang dalam keadaan lapar.

  Abu Hurairah memulakan penyajian semangkuk susu tersebut kepada sahabat yang pertama. Sahabat tersebut meneguk sehingga kenyang. Seterusnya sahabat yang lain dan mangkuk yang dipenuhi susu itu dinikmati oleh semua sahabat yang hadir dengan kenyang dan bersyukur.Cuma Abu Hurairah dan Rasulullah sahaja yang belum menikmati susu tersebut. Rasulullah mempelawa Abu Hurairah, "Minumlah ya AbU Hurairah". Beliau mula meneguknya, teguk demi teguk air susu mengalir ke dalam tubuh badan Abu Hurairah sehingga beliau berasa amat kenyang. 

  Maha suci Allah yang mengurniakan MUKJIZAT kepada Rasulullah. Semangkuk susu tidak habis diteguk oleh sekilan sahabat yang ramai. Itulah antara mukjizat Rasulullah dan sifat Rasulullah yang baik hati mempelawa semua sahabat yang kelaparan ke rumahnya untuk menjamu makanan.


Banyak pengajaran yang terdapat dalam kisah ini, ana menyerahkan kepada pembaca untuk membuat simpulan sendiri serta ana harap dapat mempratikkan dan terapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam kisah ini ke dalam Hati.. Insya-ALLAH