Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday 7 May 2011

0 Mukjizat Rasulullah S.A.W khotimul Anbiya'

Dalam keterikkan pancaran sinaran matahari , terpanggil aku untuk bercerita berdasarkan kisah di zaman rasulullah s.a.w.


  Kisahnya bermula di sebuah pekan di Madinah..Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Hurairah berasa amat letih dan lapar sekali, sejak dari pagi beliau mengikuti pengajian tanpa terisi perutnya dengan sebarang makanan.
  Abu Hurairah pun mempunyai idea dengan berhasrat meminta sedikit makanan kepada orang yang lalu lalang.

  Kebetulan semasa Abu Hurairah duduk di tepi jalan. Ternampak Saidina Abu Bakr dan beliau melintasinya, lalu Abu Hurairah menegurnya dengan kalam," Ya Abu Bakr berikan aku sepotong ayat daripada Rasulullah s.a.w",
  Lalu Saidina Abu Bakr membaca sepotong ayat kepada Abu Hurairah. Kecewa sedikit Abu Hurairah kerna tegurannya tidak lain tidak bukan hanya untuk mendapat perhatian daripada Saidina Abu Bakr supaya diberi makanan. Setelah habis dibacakan, Saidina Abu Bakr pun pergi meneruskan perjalanan.

  Abu Hurairah duduk lagi di tepi jalan menanti sahabat-sahabat yang lainnya. Tiba-tiba datang Saidina Umar al-Khattab melintasi Abu Hurairah. Abu Hurairah dengan pantas menegur Saidina Umar dengan soalan yang sama," Ya Amirul Mu'minin berikanlah aku sepotong ayat daripada Rasulullah s.a.w". Saidina Umar memberikan lafaz ayat dan beredar dari situ. Tiada siapa yang faham keadaan Abu Hurairah yang berada dalam keadaan lapar yang amat sangat.

  Kebetulan, pada waktu yang sama Allah mentakdirkan Rasulullah berselisih dengan Abu Hurairah. Abu Hurairah ingin menggunakan cara yang sama untuk mengambil perhatian Rasulullah. Tidak sempat beliau untuk menanyakan sebarang soalan sama  ada Hukum atau ayat yang baru diturunkan, Rasulullah mempelawa Abu Hurairah datang ke rumah baginda untuk mengisi perut Abu Hurairah yang sedang lapar.

  Sampai ke rumah Rasulullah, Rasulullah bertanya kepada Saidatina Aisyah jika ada sedikit makanan. Saidatina Aisyah hanya dapat menyajikan semangkuk susu itupun diberi oleh sahabat yang lain. Justeru, Rasulullah menyuruh Abu Hurairah memanggil semua sahabat di masjid yang sama nasib dengannya yang juga berada dalam keadaan amat lapar. Tidak kurang daripada 70 sahabat hadir ke rumah Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah bermonolog dalaman ," Apakah dengan semangkuk susu dapat melepaskan kelaparan kami ini? mungkin setiap orang cuma mendapat setitis air susu, aku takut jika aku ditugaskan Rasulullah untuk mnenyajikan air susu tersebut kepada sekalian sahabat" itulah yang bermain-main di fikiran Abu Hurairah. Memang benar, Rasulullah menyuruh Abu Hurairah menyajikan air susu itu kepada semua sahabat yang sedang dalam keadaan lapar.

  Abu Hurairah memulakan penyajian semangkuk susu tersebut kepada sahabat yang pertama. Sahabat tersebut meneguk sehingga kenyang. Seterusnya sahabat yang lain dan mangkuk yang dipenuhi susu itu dinikmati oleh semua sahabat yang hadir dengan kenyang dan bersyukur.Cuma Abu Hurairah dan Rasulullah sahaja yang belum menikmati susu tersebut. Rasulullah mempelawa Abu Hurairah, "Minumlah ya AbU Hurairah". Beliau mula meneguknya, teguk demi teguk air susu mengalir ke dalam tubuh badan Abu Hurairah sehingga beliau berasa amat kenyang. 

  Maha suci Allah yang mengurniakan MUKJIZAT kepada Rasulullah. Semangkuk susu tidak habis diteguk oleh sekilan sahabat yang ramai. Itulah antara mukjizat Rasulullah dan sifat Rasulullah yang baik hati mempelawa semua sahabat yang kelaparan ke rumahnya untuk menjamu makanan.


Banyak pengajaran yang terdapat dalam kisah ini, ana menyerahkan kepada pembaca untuk membuat simpulan sendiri serta ana harap dapat mempratikkan dan terapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam kisah ini ke dalam Hati.. Insya-ALLAH

No comments: