Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Friday 25 February 2011

7 Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi
Muhammad saw  bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada  malam aku sebelum di Israqkan........"

1.. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh  malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil  nyawanya, maka  malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN  KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang  amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh  syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka
ia diselamatkan  dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada
Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat  daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari
mulut dan dikeluarkan  rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG  KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia  mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,ketika itu datanglah  pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia  merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang  sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan  diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA  sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita  di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka  datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu  mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin  tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka
menjelmalah SIFAT  SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu  menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka  dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukanya,maka  segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu  menabir muka dan kepalanya dari bahaya api  tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG  LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

7 comments:

Siti Farah Zaitul Aida said...

Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi
lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati...

MUJAHIDAH SOLEHAH said...

subhanallah!!syukran buat perkongsian ilmu anta..terasa menusuk kalbu jerr..huhu..entah layak ke tidak..diri ini tergolong dalam golongan2 tersebut..masya'allah!!rse sebak jer rase..astaghfirullah!! :) :D

Hitoeni Yuukan said...

smoga kita trhindar drpd perkara2 buruk dia atas
Insya-Allah amin!~
nauzubillah

nurheart said...

Insya-Allah...
salam ziarah...cbox xletak lagi ya....jdi, saya tgglkan jejak di sini sahaja....

Hitoeni Yuukan said...

bole derma code dia kat ana? :D

ariff islam said...

salam alaik...ana link ke fb surau ana yer...syukran...

Hitoeni Yuukan said...

ya silakan
Insya-ALLAH
Jazakumullah