Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Friday 4 February 2011

2 Info 'si Halus'



“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaiman ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al A’raaf: 27 ).



Terdetik pd hatiku,

Adakah syaitan membiak?
Sudah tentu, Ya!
Sedang leka menyelami dunia maya,
Mengayuh smpan usang, ku terjumpa satu article berinformasi segar,
Ku cuba membacanya tiap2 perkataan,
Input2 ini mengisahkan terdapat 9 jenis anak syaitan yg pdanya disediakan nama.

Drpd Umar al-Khattab ,
Khalifah ulung zaman Nabi Muhammad S.A.W penerima kitab,
Beliau telah mengklasifikasikan.. Jenis2 anak syaitan antaranya termasuklah:

Zallitun
-Nama agak pelik, sngaja berada di pasar2 atau kedai2, tugasnya amatlah hina, cuma mmbuatkan para pmbeli tidak berlaku cermat dlm proses pmbelian, begitu juga si penjual yg akan mnjadi tamak dan bertindak tidak jujur semasa mngurus barang mereka ketika berlakunya jual beli.

Wathiin
-Ketika ditimpa musibah, manusia mula hilang arah, tugas si lick ini menggoda manusia supaya bersangka buruk terhadap ketentuan Allah yg membawa kpd tidak kepercayaan pd Hikmah juga Qada' dan Qadar Illahi.Seterusnya,

'Awan
-Seperti yg sedang berlaku sekarang, Hosni Mobarak pemimpin diktator telah dibelai dgn kedudukannya sbg perdana menteri kpd sebuah negara yang gah di mata dunia iaitu Mesir.
Kesombongan, Kejahatan dan Kebatilannya telah membangkitkan semangat amarah rakyat Mesir untuk menentangnya. Tinggi pangkatnya, Jijik Maruahnya sbg pemerintah negara barakah. 'Awan bertepuk tgn apabila selesai mnghasut seseorang raja/pemerintah yg berlaku zalim. Inilah tugas syaitan durjana ini.

Haffaf
-Dia telah mengisi ruang sbg syaitan ketiga perbincangan, apabila tugas khasnya kpd manusia yg suka mndampingkan diri ke tmpat2 maksiat. Subhanallah, cuba bygkan nafsu seseorang itu menyruh manusia tersebut melakukan kemungkaran adakah parah lagi apabila hadir Haffaf memeriahkan lagi keadaan dgn godaan tnpa halangan kpd insan ini? Inilah sebabnya apabila kita ternampak manusia membuat maksiat seperti berdua2an di tempat sunyi ditegur, mereka mndengar nasihat kita bagaikan mndengar bisikan angin di tepian pantai sesekali shj dan mnghilang kerana ketebalan hasutan Haffaf di dalam hati mereka.

Murrah
-Petikan bunyi gitar, gesekan sang biola tidak salah asalkan berpada. Murrah bersiap siaga menembusi hati setiap penggemar alat2 muzik ini supaya leka dan lalai atas kefardhuan yang ditetapkan-Nya. Oleh itu, bukan mudah mengendalikan alatan itu bahkan lebih payah ketika Murrah mncampuri dan menghasut hati sucimu agar melupakan Yang Esa.

Masuud
-Norma kehidupan duniawi ketika manusia berbicara zalim mengfitnah , bergosip dan mmbuat umpatan terhadap individu yg lain. Ini hanya merugikan diri sendiri dan menguntungkan Masuud yg cuba mncari teman untuk memenuhi neraka Allah ini. Syaitan ini tugasnya bergayung di bibir manusia dgn melakukan godaan terhadap manusia supaya melakukan perbuatan2 di atas tnpa tertimbul rasa bersalah dalam diri serta tidak teringat azab Allah yg maha dahsyat ketika berbicara mungkar.

Daasim
-Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, kalimah indah yg dpt mematahkan semangat Daasim untuk mngambil kesempatan ke atas manusia yg lupa dan lalai memberikan salam ketika memasuki sesuatu tempat misalnya rumah.Akibat kelalaian ini rumah tangga sang suami dan isteri bergolak, anak mula berubah sikap, keluarga membawa haluan masing2 yg mnjurus ke arah keretakan sesebuah organisasi keluarga yg sebelumnya aman damai.

Walahaan
-Syak ketika solat, berasa was2 semasa mengambil wudhuk, bersuci Hadas besar mahupun kecil. Inilah antara pkerjaan tetap Anak Syaitan ini. Menjadikan seseorang muslim itu dibobrokkan dgn hmbusan godaannya supaya manusia ini terlupa salah satu rukun dalam sembahyang.

Lakhuus
-Jenis anak syaitan terakhir yang padanya mempunyai tugas bersama sahabat kenerakaannya iaitu para majusi dlam mengadakan aktiviti penyembahan Alam atau dikenali sbg (animisme). Matahari, Langit , Bintang, Bulan dan Pokok besar mnjadi pujaan mereka, biarlah Allah membalas perbuatan mereka yg telah menyuktukan Allah dgn berbagai cara.

Justeru,
sesuai dengan arus globalisasi,
Ilmu tanpa sempadan,
tugasku mnyampaikan,
cuma kamu dpt membuka ikatan,
yg telah tersemat di dlm kotak pemikiran,
terimalah info ini sebagai pengajaran,
Salam Ukhuwah drpd saya Hitoeni Yuukan!~

2 comments:

dakwat bertinta said...

part ne yg tak jelas..kena tukar colour..hehe

Hitoeni Yuukan said...

owh ..
thx krn bri komen..
ok ana akan tukar