Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Sunday 20 March 2011

2 `Muhasabah seorang Hamba hingga ke Syurga`

Titisan air keluar dari muncung paip. Kelajuannya tidak terlalu pantas mencurah, juga tidak pula perlahan menitik, akurnya ia sang air kepada hukum alam yang ditetapkan Allah pemilik sekalian alam. Ya Muhasabah diri perlu dititikberatkan.

Seyogianya, binailah tiang terlebih dahulu barulah hiasi dalaman rumahmu,
Seyogianya, lenturilah buluh itu sejak dari rebungnya,
Seyogianya, bangunkan malam dan sahutlah seruan rabbul Izzati ketika dirimu asyik dibuai mimpi.

  Lantaran kau usap muka mu, engkau lap air permata di pipi mu ketika selesai membaca ayatullah.
Diri mu tersentak seketika memikirkan kata-kata dusta yang telah diperkata. Menadah ke langit meminta dipelihara daripada kegelumangan dosa-dosa. 

  Dalam perjalanan mu hendak ke rumah Allah, dengan pakaian mu yang lusuh tetapi ianya bersih bersulamkan ketaqwaan hati kepada Yang Maha Pengasih. Menyarung kedua belah sepatu rabak lantas menunggang sebuah motosikal biasa. Sedang diri mu menuju ke rumah Illahi yang pada mulut mu sentiasa bergetar kalimat suci, taqdir Allah sudah menjemput mu. Rindunya para Malaikat tuk menyambut roh mu yang murni. Matilah seorang insan biasa di mata dunia tetapi curahan Rahmat di pandangan Allah s.w.t.

Isteri mu engkau telah tinggalkan,
Anak-anak yang sedang membesar terpinga-pinga mencari mu,
Taqdir Allah tidak dapat dipisahkan bersabarlah wahai seorang janda.
Dia telah menyertai ibu bapanya di alam barzakh.
Dengan perasaan rindu akan Syurga Allah.


Harumnya rumah mu semerbak kasturi,
Dinginnya rumah mu seindah salju duniawi,

Jemaah sedang membacakan Surah Yassin di hadapan mayat mu yang terbujur kaku dengan susana esakan tangisan anak2 kecil mu yang belum lagi mengenal erti kermatian. Biarlah mereka, menjadi lumrah kesedihan pabila ada peninggalan. Isterimu menahan pedihnya hati, beratnya jiwa tuk meninggalkan mu tetapi imannya tetap merelakan jua.

Lengkaplah pembacaan Hati Al-Quran semuanya mendoakan mu. Seterusnya, jasad mu di usung ke perkuburan ringannya tubuh mu mudah mereka untuk meletakkan jasad mu ke dalam liang lahad yang hanya 7 kaki dalamnya. Sesudah diri mu di timbus dengan tanah yang suci. Bacaan talqin dimulakan oleh Pak Imam.
Teks yang ringkas menyedarkan sekelian insan di setiap penjuru perkarangan kubur.

Seusai talqin habis dibacakan, bertebaranlah manusia ke rumah masing-masing. Tinggallah 3 beranak yang masih mengusap2 kubur itu. Siraman sudah memadai, mereka pun pulang dengan perasaan hiba tersulam kesyukuran.

Ketika enak menjamah bersama2 mereka terhidu bauan kasturi yang teramat wangi menusuk2 hidung mereka. Wangian itu menyenangkan org yang menghidunya sama seperti kejadian selepas kematian datuknya. Mungkinkah ini antara balasan Allah terhadap jiwa hambanya yang senantiasa takut terhadap azab Allah juga terikat hatinya ke rumah Allah.

Wallahualam ~ =D


2 comments:

An-NuR iZzAtI BiNtU rOsLaN- said...

hambe ALLAH yang dilindungi..^^,

Hitoeni Yuukan said...

Alhamdulillah..
:D