Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday 9 April 2011

2 <===> Bahtera Kehidupan <===>





Duhai TEMAN~
sejak asyik dikau bergelumang hayalan,
ku pinta pautlah pada satu sahaja pegangan,
yang sudah kian lama menjadi pedoman,
buat insan,
iaitu ubun-ubun keislaman.

Suatu Bahtera,
dalam idaman rupa,
tersingkap buah bicara,
sebagai satu pematri kepalsuan,
pelenyap tohmahan,
penangkis fitnah melata,
kejamnya fitnah dunia,
tidak disangkal lagi 
kerna dunia sedang menuju kegerbang ukhrawi.

Ombak keinsafan,
sehari-hari teriakan kesengsaraan,
sedetik-detik bisikan keampunan,
di dalam menempuh segala bentuk ujian,
ada yang berputus asa ke atas tuhan,
hendaknya ia pasti terkorban,
dengan cinta dunia yang melalaikan,
bangkitlah wahai pemburu makrifat,
cari lah Ar-Rahman kenalilah As-Somad
tiada satu pun yang setanding dengan-Nya.

Hamba dikaulah puteri,
yang sehingga kini dicari-cari
engkau berseri,
tidak ku pasti setanding Balqis,
bukan pula setianya Saidatina Khadijah
tapi dikau hamba bergelar putri,
terletak di antara Balqis dan Saidatina Khadijah.
sudikah zuhudku dijadikan maharmu,
dengan ilmu ku itulah hantaranku,
tetapi tidak pantas sekali,
ia hanya madah bicara,
sudah pasti dikau puteri inginkan yang zahiri juga maknawi,
usah bimbang pemberian itu kehendak Illahi.

Rumah tangga idaman sejati,
bahtera lambang kesaktian cinta suci,
'jemaah' terikat demi kasih illahi,
bahagianya mereka di sana,
damainya, dinginnya suasana,
tatkala duka mereka bercerita,
tatkala gembira mereka bersama-sama,
inilah dinamakan ukhwah pemberian Allah,
semoga berkekalan hendaknya,
harmoni senantiasa, 
ITULAH KEHENDAK YANG MAHA ESA ~



2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...bahtera kehidupan yg sungguh indah ttapi penuh dgn onak dan durii..walau sesukar mne badai yang dihempas..usaha dan tawakal pasti digenggami..hanya Allah sahaja yang pantas memberi..agar kite mnjadi hmba yng mensyukuri dan mengingatiNya..nice post!! (=

Hitoeni Yuukan said...

waalaikumussalamwarahmatullahiwabaraktuh~ :) dilihat seutuh mana bahtera itu untuk mnampung ombak keras sang badai. terpulang pd kita tuk mmbina sbuah bahtera yg gagah sbg pengangkutan kita menuju ke gerbang yg sbenar.. Insya-ALLAH
syukran :D