Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Friday, 1 July 2011

0 "sehari demi hari RINDU itu mula bertepian"












Handaiku, hendaknya sihat selalu,
aku masih teringat sang dahulu,
kerna yang dahulu tidak mungkin sama berlaku,
jiwa sepi bertemankan assignment di sisi,
bukan niat di hati untuk mengungkiti,
tetapi hanyalah untuk menzahirkan emosi diri,

Hai teman seperjalanan,
entry ini hanyalah selembar bingkisan,
tidaklah terkandung berbagai ilmuwan,
tapi cukuplah sebagai pedoman bahtera persebahatan.
tidakkah kalian lupa sauh yang dilabuhkan,
yang telah bertempat di suatu perlabuhan.

Aku rindukan ilmu-Nya,
Aku dahagakan amalan Itu,
Aku teragak melakukan Itu
Aku sesekali berkata begitu,
Allahu ya ghafur,
Nama-Mu mencuit hati kami untuk meminta keampunan.
Hapuskanlah dosa kami, agar mudah difahami segala isi dunia.

bukan aku kata tapi Islam kata,
lelaki 9 akal dan 1 nafsu yang nyata,
tetapi ia seakan inversi dalam kosa kata,
ayuh bangkitlah wahai panji-panji mukminin,
tunggangilah nafsu, hayatilah pengorbanan mujahidin,
payah dalam medan sebenar tetapi mampu dalam gelanggang nafsi-nafsi
Insya-Allah

Ku ratapi sang mentari,
tetapi bukan itu maksud ku berpaling pada Illahi,
Ku ratapi sang purnama,
bukan juga aku menduakan-Nya
Ratapan ku hanyalah wasilah untuk sampai kepada-Nya
aku cuba menggunakan pancaindera untuk mendekati-Nya
ia bukanlah payah, tetapi kurang istiqomah.
andai semua itu berkata-kata sudah pasti dunia di terangi dengan Nurullah
manakan pula mereka asyik bertasbih memuji Allah yang ESA.

Cukup di sini  wahai teman,
rindu ku ibarat lautan satu dunia,
luas.. tidak bertepi..
dan ibarat untaian tasbih,
yang ada permulaan dan tidak ada penghujungnya,
ia tetap berlaku... berjalan.. hari demi hari.
TERIMA KASIH ya Rahman,
Kerna menganugerahi kami perasaan 'RINDU'.

Salam penuh kesyukuran dari tempat pengajianku,
buat Insan yang bernama teman,
aku sebagai Murid yang berkehendak,
kerna itu sifat hamba selalu mengkehendaki sesuatu,
Assalamualaikumwarahmatulahhiwabarakaatuh.
dan selawat dan salam ke atas al-Mustofa Sayyidina Muhamad Rasulullah



No comments: