Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Thursday 21 July 2011

0 ~Srikandi Abadi Rabi'ah Al-Adawiyah~

Hari ini, dingin sekali cuaca, walaupun terasa di dada ku bak lahar yang membakar. Orang kata dzkir itu penyejuk hati, fatihah itu pengubat diri. Memang ia benar-benar belaka, tetapi aku sering alpa, sering membuang masa, membuat perkara sia. Udahlah, tujuan ku menulis pada hari ini untuk menyatakan dan menzahirkan kekaguman ku terhadap seorang srikandi yang bernama Rabiah atau dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah.



   Sehelai demi sehelai muka surat ku membaca tentang kisahnya. Tidak ada sedikit pun perasaan jemu, aku terus membaca. Pada mulanya, sebelum dia lahir ke dunia, ibu bapanya berhasrat dan berkehendak memliki seorang anak lelaki kerna ketiga-tiga anak mereka semuanya perempuan. Tetapi, Allah menguji mereka dengan menganugerahkan juga seorang putri. Mujurlah mereka daripada kalangan insan yang bersabar lagi bersyukur.

   Seterusnya, ayahnya yang bernama Ismail al-Adawiy telah menamakan bayi kecil itu dengan nama Rabiah. Ketiga-tiga putrinya dan tidak terkecuali isterinya mempersoalkan kenapa banyak-banyak nama, nama Rabiah juga dipilih. Mujur sikap kesabaran mereka menjadi penghalang perbalahan, mereka beranggapan bahawa Allah telah mengilhamkan nama Rabiah yakni yang keempat ke atas bapa bayi perempuan itu.

   Kisah menjadi lebih menarik selepas Rabiah meningkat dewasa. Tatkala aku membaca tentang dia sewaktu dia bergelar wali Allah. Hati ku terpaku dan tercabar. Bukan apa, kerna Rabiah seorang hamba Allah yang tahap maqamnya amatlah tinggi sehingga nafsu yang ada dapat dia tunggangi sehingga tiada lagi perasaan ingin berkahwin kerna Rabiah sudah mempunyai sang kekasih yang maha abadi dan maha berdiri dengan sendiri yakni Allahu Rabbi.

   Sekian ramai wali-wali, para ulamak dan sultan pun ingin menikahi Rabiah, ternyata lamaran mereka semuanya ditolak dengan kata-kata yang penuh hikmah bersulam ketaqwaan kepada Allah jalla wa'ala. Hati aku terpaut lagi pabila aku terbaca tentang keasyikan para pendzkir, bersama-sama berkumpul mengingati Allah s.w.t dengan kelazatan berdzikir tanpa henti setelah kedatangan Rabiatul Adawiyah. Diri ini tertanya-tanya, bagaimanakah untuk mendapat maqam setinggi itu, sehingga dapat merasai kelazatan kalimah-kalimah indah.

   Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menjadi seseorang itu kerna ia bukan tahap kemampuan kita., tetapi berusahalah menjadi mereka kerna mereka sungguh hampir kehadrat Allah s.w.t berbanding dengan kita yang hanya hampir dengan keindahan duniawi yang fana lagi menglalaikan. Akan ku cuba mentarbiyyahkan diri ku . Walau apapun yang terjadi , Hati yang sebelum ini kosong dan sepi, Aku cuba isinya dengan kalimah-kalimah Indah daripada ILLAHI.


 Izinkan aku menzahirkan melodi Indah yang membicarakan kisah Rabiatul Adawiyah R.H

No comments: