Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday, 26 March 2011

1 Himpunan hadith untuk dihayati ^ _ ^


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat"
- H.R.Bukhari dan Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna"
- H.R.Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
- H.R. Muslim & Tarmizi

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
- H.R.Attabrani

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
- H.R.Attabrani

 Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka
- H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
- H.R.Bukhari

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). 
- H.R.Muslim & Ahmad

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
- H.R.Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam  (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai"
- H.R.Sahih Muslim

 Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
- H.R.Zanjawaih & Hakim

  Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
- H.R.Ibn'Asakir

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
- H.R.Bukhari & Muslim

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama"
- H.R. Ahmad & Abu Daud

  Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat"
- H.R.Abu Dawud
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan"
- H.R.Attabrani
 
Demi Allah yang mnjadikan sekelian Alam..
wahai umat islam khususnya as-syabab aiywah!~ kita membaca dan menghayati hadith2 ini yang soheh lagi hasan..

Sunday, 20 March 2011

2 `Muhasabah seorang Hamba hingga ke Syurga`

Titisan air keluar dari muncung paip. Kelajuannya tidak terlalu pantas mencurah, juga tidak pula perlahan menitik, akurnya ia sang air kepada hukum alam yang ditetapkan Allah pemilik sekalian alam. Ya Muhasabah diri perlu dititikberatkan.

Seyogianya, binailah tiang terlebih dahulu barulah hiasi dalaman rumahmu,
Seyogianya, lenturilah buluh itu sejak dari rebungnya,
Seyogianya, bangunkan malam dan sahutlah seruan rabbul Izzati ketika dirimu asyik dibuai mimpi.

  Lantaran kau usap muka mu, engkau lap air permata di pipi mu ketika selesai membaca ayatullah.
Diri mu tersentak seketika memikirkan kata-kata dusta yang telah diperkata. Menadah ke langit meminta dipelihara daripada kegelumangan dosa-dosa. 

  Dalam perjalanan mu hendak ke rumah Allah, dengan pakaian mu yang lusuh tetapi ianya bersih bersulamkan ketaqwaan hati kepada Yang Maha Pengasih. Menyarung kedua belah sepatu rabak lantas menunggang sebuah motosikal biasa. Sedang diri mu menuju ke rumah Illahi yang pada mulut mu sentiasa bergetar kalimat suci, taqdir Allah sudah menjemput mu. Rindunya para Malaikat tuk menyambut roh mu yang murni. Matilah seorang insan biasa di mata dunia tetapi curahan Rahmat di pandangan Allah s.w.t.

Isteri mu engkau telah tinggalkan,
Anak-anak yang sedang membesar terpinga-pinga mencari mu,
Taqdir Allah tidak dapat dipisahkan bersabarlah wahai seorang janda.
Dia telah menyertai ibu bapanya di alam barzakh.
Dengan perasaan rindu akan Syurga Allah.


Harumnya rumah mu semerbak kasturi,
Dinginnya rumah mu seindah salju duniawi,

Jemaah sedang membacakan Surah Yassin di hadapan mayat mu yang terbujur kaku dengan susana esakan tangisan anak2 kecil mu yang belum lagi mengenal erti kermatian. Biarlah mereka, menjadi lumrah kesedihan pabila ada peninggalan. Isterimu menahan pedihnya hati, beratnya jiwa tuk meninggalkan mu tetapi imannya tetap merelakan jua.

Lengkaplah pembacaan Hati Al-Quran semuanya mendoakan mu. Seterusnya, jasad mu di usung ke perkuburan ringannya tubuh mu mudah mereka untuk meletakkan jasad mu ke dalam liang lahad yang hanya 7 kaki dalamnya. Sesudah diri mu di timbus dengan tanah yang suci. Bacaan talqin dimulakan oleh Pak Imam.
Teks yang ringkas menyedarkan sekelian insan di setiap penjuru perkarangan kubur.

Seusai talqin habis dibacakan, bertebaranlah manusia ke rumah masing-masing. Tinggallah 3 beranak yang masih mengusap2 kubur itu. Siraman sudah memadai, mereka pun pulang dengan perasaan hiba tersulam kesyukuran.

Ketika enak menjamah bersama2 mereka terhidu bauan kasturi yang teramat wangi menusuk2 hidung mereka. Wangian itu menyenangkan org yang menghidunya sama seperti kejadian selepas kematian datuknya. Mungkinkah ini antara balasan Allah terhadap jiwa hambanya yang senantiasa takut terhadap azab Allah juga terikat hatinya ke rumah Allah.

Wallahualam ~ =D


Friday, 18 March 2011

2 Kerana sebatang pencongkel gigi


Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh ,

Something to share with …………………………………..

Ada satu ceramah...disampaik an oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...
Di riwayatkan begini.....


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana 
mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

wassalam...

MINTA SHARE YE~

Wednesday, 16 March 2011

6 :Pabila Sang Musafir bertemu Teknologi:

pada suatu hari ada seekor monyet berjalan di sebuah kampung yang indah,

monyet: menarik sungguh kg ni, mner lah org2 dlm kg nih? aku nak mntak skit mknn lapar gile nih.

monyet pun mneruskan perjalanan. Dalam perjalanan monyet itu, tiba2 dia terserempak dengan dua orang musafir negeri.

musafir 1: Tadi kat kg tuh kau ade nmpak tak sape2. Aku x sdap hati la. kampung tuh tak hidup mcm dahulu tapi kdg2 aku nmpak jgak pnduduk di dalamnya.

musafir 2: ish ye ke?. kau agak nape yek kampung tuh x mcm kg sblum ni kita lawat?.

para musafir berjalan menuju ke sebuah surau untuk menunaikan solat fardhu.

Monyet: wah.. dorang nak gi mane tuh. "monyet kehairanan masih ade lagi manusia yang ingin menggunakan surau usang itu utk mnunaikan solat fardhu sdgkan sbelum ni tiada sezarah makhluk pun yang masuk ke dalam surau tu."

selesai menunaikan solat fardhu, musafir itu berasa lapar dan mencari warung2 untuk menjamah sedikit makanan. Sdg berbual2 ttg perkara keagamaan, musafir itu terserempak dengan monyet tadi.

Monyet: Tolong!~ jangan makan aku. Aku juga lapar,"sambil meletakkan tangn nya dia atas kpla dan mnunduk2".

Mereka tersenyum manis. Monyet berasa lega kerana musafir itu tidak lakukan apa2 kepadanya.

Musafir 1: (sambil menggodek2 begnya dia mngeluarkan sebiji epal) Nah monyet makanlah mungkin engkau lebih lapar daripada kami. Sebelum aku beri kau epal ni. Aku nak tnya kenapa kampung ini kelihatan suram dan tidak ceria lagi setelah sekian lama kami tidak balik ke kampung ni.

Musafir 2 : (dahinya mngerut seolah2 memikirkan sesuatu) Aku juga ingin tahu mngapa mungkin ada masalah yang sudah melanda kampung ini semasa ketiadaan kami.

Monyet menelan air liurnya dan memulakan cerita.

Monyet: sebenarnya bang, dulu kampung ini sungguh meriah sekali dengan aktiviti keagamaan dan kemasyrakatan. Dengan berzanjinya, tadarus, kenduri2 dan pertandingan2. Tetapi sejak kedatangan satu makhluk halus ini, mengharu birukan keadaan. Ia menjadikan seseorang itu malas mnunaikan solat berjemaah di surau krana terpaksa melayan karenah makhluk halus itu.

Lantas, monyet itu menarik tangan musafir itu dan menuju ke suatu tmpat yg baru bagi mereka.

Di dalamnya terdapat banyak komputer2 canggih. dan di situ lah manusia2 berkumpul sdang asyik melayan makhluk biru tersebut.

Monyet ingin memasuki tempat itu tetapi di tahan oleh seorang manusia. 

Manusia : Haiwan dilarang masuk harap maaf.
(manusia2 di dalam bangunan tuh tergelak berdekah2)

Monyet berasa teramat sedih. Lalu, musafir tersebut menenangkan monyet itu.

Musafir 2 : Tidak mengapa monyet biar sahaja kami yang masuk. Tgk apekah benda biru yang dimaksudkan.

Musafir memasuki bangunan itu dengan perasan ingin tahu. Mereka bertanya kpd salah seorang ptugas yang sedang bertugas.

Musafir 1: Bangunan apakah ini?

Petugas : Ini cybercafe bang.

Musafir 2 : Habis yang bnda biru tuh apa?

Petugas : Ni facebook bang.. x pnah guna ke??























Saturday, 12 March 2011

2 ~Wibawa karakter yang dicari~



Hari demi hari mengejar mimpi para mujahid agama, tetapi daku masih lagi terkongkong dalam buaian nafsu perosak. Merosakkan jiwa ragaku, sahabatku, dan saudara maraku lantas membantutkan pencarian ulul albab di medan duniawi ini. Pencarian yang terjadi bukan kerana ingin mencipta nama di mata dunia tetapi untuk menyahut seruan Rabbul Izzati.Di mulut mereka tertera manisnya bicara, tetapi di perlakuannya tergambar ketidaksehaluan di dalam janji pengutaraan mereka ibarat " singkap daun ambil buah " .

  • Pemerintah bermaharajalela sedang memantapkan perlembagaan negeri,
  • Pemerintah pelindung bangsa jangan abaikan adab beragama,
  • Pemerintah jiwa murni mu menangkis segala tohmahan mereka,
  • Pemerintah yang dahagakan keamanan jangan sampai maruah negara tergadai,
  • Pemerintah pelopor Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi idola para Muslimin,
  • Pemerintah kosongkanlah segala hasad yang tersemat di dada mu,
  • Pemerintah panahan berunsur fitnah menusuk qalbu mu berkali-kali,
  • Pemerintah yang bijak mengatur strategi peperangan perlu diketengahkan,
  • Pemerintah pembawa ideologi-ideologi barat perlu dilenyapkan,
  • Pemerintah fisikalnya sedang merdeka tetapi jiwanya terkongkong dek penjajah,
  • Pemerintah penyejuk hati yang sedang menderita di pelusuk negara,
  • Pemerintah berwajah ikhlas mencerminkan hati seputih salju berguguran,
  • Pemerintah mainan madah mu di mimbar-mimbar memukau sekelian insan,
  • Pemerintah yang mencuri hasil keluaran bumiputra tidak layak memimpin kami,
  • Pemerintah sedang menitipkan rasa ingin dirinya dicintai hanya layak menelan Neraka,
  • Pemerintah berwajah munafik kami sentiasa hindari,
  • Pemerintah bergaji tinggi akalnya mengalahkan sapi,
  • Pemerintah di bibirnya sentiasa bergetar kalimah syahadah yang kami menanti di saat ini 


Tertera di atas mengenai karakter-karakter pemerintah yang ada pada zaman globalisasi sekarang,
Bangkitlah!, wahai para khalifah Allah. Pilihlah pemerintah yang sedang berpegang pada al-Quran dan As-Sunnah serta ijmak dan qias lantas yang berusaha ingin menjalankan hukum Allah (hudud)
Insya-Allah dunia yang Aman, Damai, Makmur yang diidam-idamkan oleh para insan terhasil..

Saturday, 5 March 2011

4 {Secebis seruan kepada sang Khalifah}

Dlm titipan sang pglipur lara trkadng ada yg benar,
dan Dlm kata-kata ahli majlis kuliah terkadang cuai bersangka,

Wahai insan yang bergelar khalifah,
hendaknya kamu terokai setiap wilayah,
menyedari dan membantui setiap yg lemah,
dengan budi santun pemberian yg berhikmah.
Wahai insan yang bergelar khalifah,
kehidupan sia2 menjadi pengukuran,
antara yang batil dan yang hasan,
di dalam setiap perlakuan seharian,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
dahulunya kamu dicerca dan dihina,
kerana tercipta drpd tanah yang dina,
tetapi Allah mengangkat darjat mu di dunia,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
teori usang mu mengkonsumi amal mu,
acapkali meninggalkan yg fardhu,
padahal itulah tunjang kpd kehidupan mu,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
cuping mu yang kukuh sudah terlapah,
meskipun kamu manusia biasa,
tetapi di medan pertempuran engkau mujahid dan mujahidah,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
pasakkanlah kata2 ku ini dalam sanubarimu,
sebagaimana terkunci kewajihan ilmu,
sebagai penambahan dalam kehidupanmu

Lantunan kasih antara dua insan biasa,
anjalnya bak bebola getah terlantun pada si dinding,
Usahlah sebak memikirkan kehidupan bahagia,
Kemaksiatan dan kebatilan sepatutnya kamu berpaling,

Insya-ALLAH, Allahuma Amin

Monday, 28 February 2011

11 ~Lontaran hikmah hening pagi~











Semersik kicauan camar pagi,
seharum kuntuman bunga kasturi,
tidak tertewas kata2 mu wahai pewaris nabi,
memberikanku erti2 kehidupan islami,

cantuman gubahan bebunga,
terlihat berbagai jenis warna,
begitu jua kehidupan kita,
kadang2 gmbira, kdang2 sngsara,
Teringat alunan melodi rindu,
yang telah engkau titipkan kepdaku,
dan aku pula tidak pernah berasa haus,
slagi mana ucapan kalimat dakwah menyinggah di hatiku,

seluas bentara dunia,
berjauhan lah antara insan mulia,
moga doaku ini diterima Allah yang esa
berbahagialah kamu di sana,
lagak riang di setiap pergerakanmu,
raut kekecewaan terpampar di raut wajahmu,
sungguh mulianya dirimu meredhai segala macam menimpamu,
yang bilamana syurga Illahi sedang menantimu,   Insya-Allah

Usahlah berasa gulana krana dunia,
kerana ianya adalah sia2
kaut sahaja segala bekalan mulia,    
kerana slogan taqwa di dahulukan , 
akhirat diutamakan hanya layak diterima


Nukilan di waktu DHUHA =)) 
Ilham daripada-Nya,