Qad aflahal Mu'minun..

Qad aflahal Mu'minun..
Qad aflahal Mu'minun..

Saturday 5 March 2011

4 {Secebis seruan kepada sang Khalifah}

Dlm titipan sang pglipur lara trkadng ada yg benar,
dan Dlm kata-kata ahli majlis kuliah terkadang cuai bersangka,

Wahai insan yang bergelar khalifah,
hendaknya kamu terokai setiap wilayah,
menyedari dan membantui setiap yg lemah,
dengan budi santun pemberian yg berhikmah.
Wahai insan yang bergelar khalifah,
kehidupan sia2 menjadi pengukuran,
antara yang batil dan yang hasan,
di dalam setiap perlakuan seharian,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
dahulunya kamu dicerca dan dihina,
kerana tercipta drpd tanah yang dina,
tetapi Allah mengangkat darjat mu di dunia,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
teori usang mu mengkonsumi amal mu,
acapkali meninggalkan yg fardhu,
padahal itulah tunjang kpd kehidupan mu,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
cuping mu yang kukuh sudah terlapah,
meskipun kamu manusia biasa,
tetapi di medan pertempuran engkau mujahid dan mujahidah,
Wahai insan yang bergelar khalifah,
pasakkanlah kata2 ku ini dalam sanubarimu,
sebagaimana terkunci kewajihan ilmu,
sebagai penambahan dalam kehidupanmu

Lantunan kasih antara dua insan biasa,
anjalnya bak bebola getah terlantun pada si dinding,
Usahlah sebak memikirkan kehidupan bahagia,
Kemaksiatan dan kebatilan sepatutnya kamu berpaling,

Insya-ALLAH, Allahuma Amin

4 comments:

·٠•●❤✿sutera kasih✿❤●•٠· said...

em..menarik~!insyaAllah..

Hitoeni Yuukan said...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah
Syukran. jazakillah

MUJAHIDAH SOLEHAH said...

subhanallah!! :) :D
mengingatkan diriku...setiap manusia itu adalah khalifah..
moga mereka sedar dgn kesilapan mereka dan cuba memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri mereka itu..
:) :D
insya'allah!! :) :D
akn dicuba lakukannya!amin!! :)

Hitoeni Yuukan said...

Alhamdulillah..
mmberi kesedaran kepada diri sndiri juga.. =)
Insya-Allah